Sunday, March 15, 2009

1st win for Malay FC

Alhamdulillah malay fc berjaya memulakan kejohanan dengan kemenangan bergaya ke atas pace knights. Perlawanan diadakan di padang tengah yang merupakan padang ter'ok' di antara 3 padang yang digunakan. yang mengecewakan adalah sesetengah pemain datang agak lambat namun mungkin mereka mempunyai urusan lain yang lebih penting. harapnya kita akan lebih berdisiplin selepas ini dengan turun awal. so senang untuk pilih player.

Formation awal yang sudah dipostkan oleh AZA menjadi pilihan cuma ade perubahan posisi oleh jerry dan salman. Penjaga gol cemerlang hafiz di setia di pintu gol. Di hadapannya 3 orang defender yang rock solid. Izwan centerback berpengalaman luas, sudah ramai striker yang tewas di kakinya. Dolah, all time faveret right back, kembali memegang posisi tersebut setelah beberapa kali mencuba posisi lain sebelum ini. Left back ialah Amar yang merupakan late inclusion yang menunjukkan betapa khidmatnya sangat ditagih dengan menjaringkan gol awal yg sgt kritikal. Di tengah Shah dan Hasan saling bergilir utk naik dan turun, untuk memastikan kestabilan team dan memelihara flow perlawanan. di kiri baba dengan ball control serta rembatan kencangnya dan di kanan jerry yang...hebat. Akhir sekali Salman yang mempunyai potensi yg amat besar, namun tidak dapat ditonjolkan secara maximum tadi.

Perlawanan dimulakan dengan Malay FC dengan segera cuba menguasai perlawanan dgn ball control dan passing. Gol pertama hadir hasil kombinasi menarik antara amar dan baba di sebelah kiri. Overlap cantik amar menyebabkan baba teruja untuk mengassist bola yang akhirnya dengan tenang disudahkan oleh Amar utk membuktikan betapa lariannya perlu digeruni. Gol kedua dihasilkan oleh jerry yang tenang menyusup ke kotak penalti sebelum merembat masuk. 
Malay FC pergi ke half time dengan selesa 2-0. 2nd half bermula dengan agak ok namun Malay FC dikejutkan dengan gol pertama pihak lawan. Tersentak dgn gol tersebut, malay fc menggandakan asakan dan berhasil memperoleh gol melalui Jerry yang membuat larian pantas dan melambungkan bola mengatasi penjaga gol.3-1. Kemenengan bergaya disempurnakan oleh baba yang membawa bola dari kiri, kemudian cut-inside dan melepaskan rembatan cantik yang gagal diselamatkan penjaga gol. Full time 4-1.

Semoga prestasi mantap dapat diteruskan ke perlawanan seterusnya insyaAllah

1 comment:

Anonymous said...

itu dia...komentar perlawanan yg amat menarik. membacanya terasa seperti berada di tepi padang menonton perlawanan secara live!

tahniah malay fc!

tahniah ji fat! tulisan seperti inilah yg amat diperlukan. sangat memberangsangkan utk menarik sesiapa yg tidak turun ke pdg memberi sokongan seperti saya supaya turun pada perlawanan akan datang.