Thursday, March 26, 2009

Game 2 : PETRONAS FC

Pada petang 23 Mac kami telah bertemu dengan The Knockouts untuk perlawanan kami yg kedua. Akan tetapi kami telah kalah 2-0 (aduhai). Permainan agak menarik pada separuh masa pertama tetapi para pemain Petronas fc menjadi goyah pabila pihak lawan berjaya menjaringkan goal pertama.

Hari menjadi lebih sakit buat Petronas pabila sekali lagi pihak lawan menjaringkan gol kedua. Penyerang Petronas Fc iaitu rhuee tidak dapat berbuat apa kerana dia telah di jaga oleh tiga orang pemain pertahanan pihak lawan (alasan). Para pemain menjadi penat kerana kekurangan stamina. Ditambah pula ketinggalan 2-0.

Pengajaran yg dapat diambil di sini ialah kita perlu bersemangat waja. Walaupon ketinggalan kita tidak boleh berputus asa.. Majulah sukan untuk negara...

No comments: