Saturday, April 12, 2008

Trilogy@ICN































(sori xnmpak sgt, kalo nk tgk proper flyer ade kat website ICN)


tadi 1st lecture (pasal nabi Muhammad SAW) dah berlangsung kat ICN. perh bes gile bro yasser bagi lecture. memang penangan ah. makanan pn ade tadi tp cookies cakes n drinks a simple jer. non muslims pun ade. aku mmg minat btol dgar soklan2 diorg. ade lagi 2 lectures next 2 Saturdays so sape2 free jom g tgk..seroius rugi xg. btw video lecure tadi coming up kot so aware la bagi sape2 yang xberkesempatan tadi

visit website ICN: www.icntn.org

Friday, April 11, 2008

Azmil Mustapha

Terima kasih kat Max untuk link yg sgt menarik yg mahu dikongsikan bersama:














Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , 'berkat' daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan 'penghijrahan' daripada kehidupan yang penuh 'lagha' kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem 'Puteri Gunung Ledang'; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit.

[petikan dari wawancara dengan Azmil:]

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.


Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yangt berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal. Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.


Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.


Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.


Baca lagi di TranungKite

Kombinasi mantap!

Alhamdulillah malam semalam MSA election berjalan dengan lancar. Pertama sekali penghargaan kepada Imad, Anas, dan semua ahli board member yang lain utk previous term yang xdapat saye sebutkan di sini kerana sepanjang kendalian mereka MSA banyak melakukan aktiviti2 yang bermanfaat dan berjaya. Terima kasih.

Bagi ahli2 board baru pula,inilah masanya anda membuktikan kemampuan dengan bekerja secara direct untuk dan demi Islam for the sake of Allah taala. First skali bersihkan dan luruskan niat supaya segala perbuatan anda dalam MSA ini hanya untuk mencari redha Allah sahaja. insyaAllah amalan2 anda akan direward oleh Allah. ini sepatutnya menjadi motivasi utama, bukan lain2 perkara. Kombinasi mantap ini saya harapkan berjaya menghidupkan lagi Islam di vandy ini.

Kepada rakan2 yang bukan dalam board, kita tetap bertanggungjawab membantu board menjadikan apa saja program berjaya. MSA bukan hak mereka sahaja. tapi hak semua orang Islam di Vandy.tak gitu? oleh itu harapnya berikan kerjasama dan juga idea2 bernas. eh, bukan setakat kerjasama, kita sendiri pun patut contribute directly utk MSA dalam ape juga bentuk seperti promosi dll.

Di sini saya taruk ahli2 board baru untuk MSA dengan tujuan supaya kita boleh terus kenal dan mulakan kerjasama. Kene kenal sume nih, kalo x malu je heh. oops, jangan lupa visit website MSA di sini. kene bookmark nih, penting.

President:
Hassan Atassi

Vice President:
Mohsinah Usmani

Secretary:
Hana Nasr

Treasurer:
Nadia Ansari

Da'wah Chair:
Khairul Amar Rizali

Webmaster:
Imran Huda
Mohammad Muhaimin Aminuddin

Publicity Chair:
Neelam Khan
Hubab Al Munzir Asmawi

Social Chair (brothers):
Ali Siddiqui
Muhammad Rizwan Rozlan

Social Chair (sisters):
Nur Izzati Iliyes
Nur Dayana Abd Rahman

Community Service Chair:
Yasmin Nuru
Atif Choudhry

Thursday, April 10, 2008

MSA election, 8pm, Buttrick 202

mari2 semua kita pergi ke MSA election pada malam ini at 8pm Buttrick 202. Undilah mereka yang kita yakin layak, for the sake of Allah. Mereka yang banyak membincangkan pasal MSA sejak akhir2 ini, inilah masa untuk anda menterjemahkan kata2 anda kepada sesuatu yang lebih praktikal untuk dinilai. May the best people di sisi Allah win. Ameen

Tuesday, April 8, 2008

Laporan IM malayfc selasa 8 April

ketibaan lambat di pdg menyebabkan saya disound kerana pada ketika itu malay fc xcukup pemain dan permainan hampir dimulakan.walaupun ade yang tertanya2 samada max akan bermain atau tidak, akhirnya permainan dimulakan juga tanpa max.dan yang lebih parah,malayfc tiada sub langsung.maka bermulalah ujian getir buat malayfc.awal permainan agak pantas.kedua2 pasukan cuba mengatasi lawan masing2 dengan menggunakan ketangkasan dan kepantasan.satu percubaan berjaya dilakukan oleh hasan yg masuk ke kotak penalti namun tersasar di atas palang.gol pertama hadir apabila lontaran ke dalam hasan disambut oleh joe yang tanpa menunggu lama melepaskan rembatan.bola gagal ditampan kemas oleh penjaga gol menyebabkan ia bergolek dan gol.1-0.kehebatan pihak lawan ditambah dengan kepancitan sesetengah pemain malayfc menyebabkan malayfc tidak dapat mengawal tempo permainan secara berkesan.lantas pihak lawan menghukum apabila seorang pemain mereka membawa sehingga ke garisan tepi gol, melepasi seorang pertahanan dan menyelitkan bola di antara tiang dan penjaga gol.gol tersebut meresahkan pemain2 malayfc namun akhirnya joe memberi sedikit kelegaan dengan larian solo hampir dari tengah melepasi beberapa pemain2 pihak lawan dengan speednya lalu merembat bola ke penjuru bawah kiri gol.2-1.separuh masa pertama berakhir.separuh masa kedua agak rancak dan malayfc bertuah apabila bola hantaran joe disambut kemas oleh reza yang memblast bola ke top corner kiri sambil dilihat oleh penjaga gol kot.3-1.ketiadaan sub memang memberi kesan yang mendalam kepada pemain2 malayfc yang terpaksa bermain walaupun penat lelah.hasan terutamanya tampak sungguh pancit kata salah seorang pemain malayfc.tragedi yang ditakuti berlaku.tekanan kuat oleh pihak lawan berhasil apabila reza menyudahkan tap-in dengan mudahnya tanpa sengaja.3-2.mimpi ngeri malayfc tidak terhenti setakat itu.pihak lawan menyamakan kedudukan akhirnya dengan rembatan yang melepasi jangkauan sofi.keputusan penuh.3-3.
nampaknya masih banyak lagi perkara2 yang perlu dibaiki oleh malayfc.antaranya adalah kesefahaman.masih sempat utk mereka menanam persefahaman ini sebelum midwest.lagi satu stamina.program diet hendaklah dimulakan bagi yang memerlukan.apa2pun malayfc masih layak ke playoff dgn menjuarai kumpulan.tahniah dan selamat maju jaya utk malayfc!

Sunday, April 6, 2008

URGENT: MSA election 10 April

marilah sama2 kita pergi ke tempat mengundi pada masa yang akan ditentukan nanti untuk melantik board MSA dan juga berbincang tentang IAW. Orang melayu adalah paling ramai menghadiri program2 msa terutamanya yang menawarkan makanan. Oleh itu untuk mengelakkan pandang slack oleh org2 lain, marilah sama2 kita tumpang sekaki ke dalam board dengan melobi dan mengundi calon2 yang telah dicadangkan.

tapi bukan makanan itu yang penting, tetapi kemahuan kita utk mnjadikan msa persatuan yg lebih mantap.berdasarkan komen2 membina ke atas IAW sebelum ni,saya percaya kita boleh melakukannya.namun saya percaya list calon ini bukanlah muktamad. sekiranya mereka yang layak mahu mengetengahkan diri dan berasa lebih berkemampuan,silalah ke hadapan kerana kita perlukan orang yang ikhlas dan sanggup bekerja utk menjamin kelangsungan islam di vandy ni. tapi setakat ini kita keep lah list ni in mind,

insyaAllah kalau sume budak melayu mengundi calon2 yang dicadangkan, mmg diorg akan menang pasal bdak melayu ramei. utk pengetahuan sume kite layak mengundi kerana kita pelajar vandy dan beragama islam.

untuk info lebih lanjut tentang calon2 sila klik sini (blog amar).

ini pula cadangan perubahan yang akan cuba dilakukan(dipetik dari blog amar):

1. Mengukuh, memulih dan mengembalikan hubungan erat dengan penasihat MSA, Dr. Awadh Binhazim. Itu akan menjadi perubahan pertama!

2. Menubuhkan biro program bagi Muslim di kampus dan Nashville serta biro bagi program Non Muslim. Biro-biro ini akan memainkan peranan untuk merangka strategi untuk program bagi Muslim dan juga kepada Non Muslim.

3. MSA menggiatkan lagi usaha dakwah dan penerangan terhadap agama Islam dengan menjemput lebih ramai shuyukh hadir memberi penerangan terhadap Islam. Cadangan dengan menjemput 2 bulan sekali speaker yang 'alim dan 'arif bercakap berkenaan Islam.

4. MSA mengukuhkan lagi hubungan dengan ICN, MAS Center, Olive Tree Education, Al Maghrib, (saya tambah MISG),serta pelbagai lagi yang mempunyai satu matlamat; untuk 'pleased Allah swt.'
(saya tambah sket: program2 pihak2 ini kita boleh sama2 join and assimilate kan dalam agenda)

5. Meningkatkan keberkesanan publisiti MSA dan keefektifan laman web rasmi MSA agar menjadi sumber primer berkaitan aktiviti, program dan info berkenaan Islam.

maka sama2lah kita turun mengungi pada 10 april ni kalo xsilap.

sini saya sertakan emel secretary msa mengenai election ini:

Assalaamu'alaikum,
Only a couple more weeks left of the semester!

It's that time of year again! We are having our MSA board elections Thursday April
10 in the evening (Inshallah). The time and place will be emailed to you closer to
that time.

We will also be discussing IAW during this meeting: what you liked, things that can
be improved, things you feel we can do differently for next year, and so on.

So start thinking about who you would like to see on the board and/or whether you
would be interested in a position.
Positions for next year's board* are:
President
Vice President
Secretary
Treasurer
Webmaster
Daw'ah Chair
Community Service Chair (2)
Social Chair (2)
Publicity Chair (2)

*eligibility for certain board positions will also be discussed at this meeting.

Please plan on attending this last meeting of the semester!
And good luck with your exams and finals.

Secretary

Saturday, April 5, 2008

Emosi.........alltime fav


Zidane: All the Same from F T on Vimeo.



Tujuan video ini ditaruk adalah sebagai contoh kepada pemain2 bola malayfc,VMS, dan chica fc untuk diapply di dalam kehidupan bola mereka.Skill2 yang dilihat kalau boleh diaplikasikan di atas padang.kedua2 kaki hendaklah dilatih.namun begitu sportmanship juga penting maka janganlah ditanduk pemain2 pasukan lawan.bersabarlah menerima ujian dari Allah.hayatilah video ini..(lagu same tapi bes)

Warning: In addition to experiencing strong goose bumps, and vivid nostalgia, you may even break down in tears ( which might be accompanied by sobs or other inarticulate sounds,) that is if you are a true Zidanist. Credits to Zizou312 for his marvelous work. -footytube

Friday, April 4, 2008

Laporan tertunggak Malay FC dan Chica FC

assalamualaikum...kita berjumpa lagi dalam rancangan kali ini..entry kali ini cuba untuk membuat laporan tertunggak yang ringkas mengenai match2 yang telah dilalui oleh Chicafc dan malayfc. maaf kepada tuan2 dan puan2 atas kelewatan yang tidak dapat dielakkan ini kerana kesibukan. kerja part-time bukan mudah.berbalik kepada matlamat asal.Pertama sekali tahniah kepada malayfc yang memantain kedudukan selesa di tangga teratas kumpulan hasil kemenangan 6-1 pada hari isnin lepas.namun begitu pada hari yang sama chicafc terpaksa berputih mata apabila melepaskan kelebihan 2 gol yang diperolehi dengan kekalahan 3-2 kepada team mechy.chicafc menebus kehampaan dua hari berikutnya apabila mereka mengalahkan pihak lawan 1-0 dalam perlawanan yg agak sengit.

pada hari isnin lepas, malayfc bermula dengan agak baik seperti biasa.ketiadaan joe pada awal perlawanan menyebabkan tugas sebagai striker digalas oleh hasan. namun begitu kerana lack of stamina and pace, dia terpaksa melepaskan jawatan tersebut yang seterusnya dikendalikan oleh shah.percaturan tersebut ternyata berhasil apabila hasil gerakan menarik hasan-reza-shah, akhirnya simple tap-in dengan kaki kanan berjaya dilakukan oleh shah walaupun bola tampak begitu hampir mengenai penjaga gol. namun begitu pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan menarik setelah melonjak mengalahkan pemain pertahanan malayfc. reza menaikkan kembali semangat pemain malayfc apabila placing shot yang menarik ke bottom right corner berjaya melepasi jangkauan penjaga gol.2-1 half time.kemasukkan joe dan lain2 menambah rencah dan perisa dalam permainan malayfc. joe terutamanya, memberikan pengajaran yang sukar dilupakan oleh pertahanan lawan pada hari itu. kepantasannya membolehkan dia secara bersahaja melepasi pemain pertahanan lawan yang terkedi2. pada satu ketika dia membawa bola sehingga ke tepi kiri gol dan melakukan placing ke near post.walaupun golkeeper sudah tertewas, bola placing tersebut terkena tiang. ia melantun dan dengan lancar disambut oleh reza yang menempel menjadikan kedudukan 3-1.joe sekali lagi menjadi mimpi buruk buat pihak lawan apabila kepantasannya meloloskannya berhadapan dengan penjaga gol yang digeleceknya sekali harung dan bola ditolak ke gol mejadikan kedudukan 4-1.joe mengganas lagi.kali ini dribble lincah dan larian deras berkombinasi meninggalkan pemain pertahanan tanpa belas kasihan.dengan mudah disudahi dengan compose.5-1.gol penutup hadir apabila bola hantaran joe disalahanggap oleh hasan yang menahannya tanpa betul2 menguasainya, namun bola tersebut tercicir kepada shah yang dengan tenang menolak bola perlahan melepasi penjaga gol.keputusan penuh:6-1

fakta perlawanan ala ganu:
  • reza menjaringkan 2 gol dan memberi 1 assists.namun ini tidak bermakna finishingnya perfect kerana sebenarnya teramat banyak peluang2 yang terhidang kepada reza yang dilepaskannya begitu sahaja dek kerana composure yang kurang.
  • shah menjaringkan kedua2 golnya dengan tempelan kaki kanan. (kaki utamanya kiri)
  • max bermain secara efektif dan ekonomikal sebagai stopper yang bukan merupakan posisi naturalnya.
  • joe mungkin melambungkan harganya di pasaran pemain sebanyak 10juta dalam perlawanan ini. again, mungkin...
ok beralih kepada chica fc.ini satu tragedi yang begitu menyayat hati.gol pertama dari pemain import dan gol kedua dari hanan tidak cukup untuk memberikan kemenangan kepada chica fc. mungkin kerana kehebatan mekanikal dan teknikal pasukan mechy, mereka berjaya melakukan superb comeback. walaupun gol2 mereka nampak soft seperti contoh gol celah kangkang setelah keadaan kelam kabut di depan pintu gol, itu sudah cukup untuk memberikan mereka 3 mata penuh. lagipun pemain2 chicafc tampak agak keletihan setelah beberapa ketika.namun mereka sedar dari lamunan pada 2 hari berikutnya iaitu pada hari rabu di mana mereka berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 1-0 sahaja. gol dijaringkan oleh azlan yang berdasarkan description, berjaya menggunakan kepantasan hikmatnya untuk melepasi pemain2 pertahanan lawan.tidak hairanlah kerana dia pernah berlumba lari watson nyambek satu ketika dahulu(kisah benar).setelah melepasi pertahanan lawan secara semberono, dia menyelahkan bola between the legs of the keeper untuk memberikan gol penting kepada chicafc. terbuktilah azlan satu aset penting terutamanya dari segi speednya yang boleh tahan. satu lagi berita panas dalam match tersebut adalah playmaker lah yang dilayangkan kad kuning. berdasarkan cerita org kampung, beliau silap bajet bola 50-50 menjangkakan kaki nya akan dapat mencapai bola terlebih dahulu daripada keeper. namun lain sikit yang berlaku.kakinya dapat mencapai keeper itu sendiri lalu menyebabkan foul serta kad kuning.apapun saya pasti playmaker lah gembira dengan kemenangan 1-0 itu.tahniah chica fc!