Friday, April 4, 2008

Laporan tertunggak Malay FC dan Chica FC

assalamualaikum...kita berjumpa lagi dalam rancangan kali ini..entry kali ini cuba untuk membuat laporan tertunggak yang ringkas mengenai match2 yang telah dilalui oleh Chicafc dan malayfc. maaf kepada tuan2 dan puan2 atas kelewatan yang tidak dapat dielakkan ini kerana kesibukan. kerja part-time bukan mudah.berbalik kepada matlamat asal.Pertama sekali tahniah kepada malayfc yang memantain kedudukan selesa di tangga teratas kumpulan hasil kemenangan 6-1 pada hari isnin lepas.namun begitu pada hari yang sama chicafc terpaksa berputih mata apabila melepaskan kelebihan 2 gol yang diperolehi dengan kekalahan 3-2 kepada team mechy.chicafc menebus kehampaan dua hari berikutnya apabila mereka mengalahkan pihak lawan 1-0 dalam perlawanan yg agak sengit.

pada hari isnin lepas, malayfc bermula dengan agak baik seperti biasa.ketiadaan joe pada awal perlawanan menyebabkan tugas sebagai striker digalas oleh hasan. namun begitu kerana lack of stamina and pace, dia terpaksa melepaskan jawatan tersebut yang seterusnya dikendalikan oleh shah.percaturan tersebut ternyata berhasil apabila hasil gerakan menarik hasan-reza-shah, akhirnya simple tap-in dengan kaki kanan berjaya dilakukan oleh shah walaupun bola tampak begitu hampir mengenai penjaga gol. namun begitu pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan menarik setelah melonjak mengalahkan pemain pertahanan malayfc. reza menaikkan kembali semangat pemain malayfc apabila placing shot yang menarik ke bottom right corner berjaya melepasi jangkauan penjaga gol.2-1 half time.kemasukkan joe dan lain2 menambah rencah dan perisa dalam permainan malayfc. joe terutamanya, memberikan pengajaran yang sukar dilupakan oleh pertahanan lawan pada hari itu. kepantasannya membolehkan dia secara bersahaja melepasi pemain pertahanan lawan yang terkedi2. pada satu ketika dia membawa bola sehingga ke tepi kiri gol dan melakukan placing ke near post.walaupun golkeeper sudah tertewas, bola placing tersebut terkena tiang. ia melantun dan dengan lancar disambut oleh reza yang menempel menjadikan kedudukan 3-1.joe sekali lagi menjadi mimpi buruk buat pihak lawan apabila kepantasannya meloloskannya berhadapan dengan penjaga gol yang digeleceknya sekali harung dan bola ditolak ke gol mejadikan kedudukan 4-1.joe mengganas lagi.kali ini dribble lincah dan larian deras berkombinasi meninggalkan pemain pertahanan tanpa belas kasihan.dengan mudah disudahi dengan compose.5-1.gol penutup hadir apabila bola hantaran joe disalahanggap oleh hasan yang menahannya tanpa betul2 menguasainya, namun bola tersebut tercicir kepada shah yang dengan tenang menolak bola perlahan melepasi penjaga gol.keputusan penuh:6-1

fakta perlawanan ala ganu:
  • reza menjaringkan 2 gol dan memberi 1 assists.namun ini tidak bermakna finishingnya perfect kerana sebenarnya teramat banyak peluang2 yang terhidang kepada reza yang dilepaskannya begitu sahaja dek kerana composure yang kurang.
  • shah menjaringkan kedua2 golnya dengan tempelan kaki kanan. (kaki utamanya kiri)
  • max bermain secara efektif dan ekonomikal sebagai stopper yang bukan merupakan posisi naturalnya.
  • joe mungkin melambungkan harganya di pasaran pemain sebanyak 10juta dalam perlawanan ini. again, mungkin...
ok beralih kepada chica fc.ini satu tragedi yang begitu menyayat hati.gol pertama dari pemain import dan gol kedua dari hanan tidak cukup untuk memberikan kemenangan kepada chica fc. mungkin kerana kehebatan mekanikal dan teknikal pasukan mechy, mereka berjaya melakukan superb comeback. walaupun gol2 mereka nampak soft seperti contoh gol celah kangkang setelah keadaan kelam kabut di depan pintu gol, itu sudah cukup untuk memberikan mereka 3 mata penuh. lagipun pemain2 chicafc tampak agak keletihan setelah beberapa ketika.namun mereka sedar dari lamunan pada 2 hari berikutnya iaitu pada hari rabu di mana mereka berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 1-0 sahaja. gol dijaringkan oleh azlan yang berdasarkan description, berjaya menggunakan kepantasan hikmatnya untuk melepasi pemain2 pertahanan lawan.tidak hairanlah kerana dia pernah berlumba lari watson nyambek satu ketika dahulu(kisah benar).setelah melepasi pertahanan lawan secara semberono, dia menyelahkan bola between the legs of the keeper untuk memberikan gol penting kepada chicafc. terbuktilah azlan satu aset penting terutamanya dari segi speednya yang boleh tahan. satu lagi berita panas dalam match tersebut adalah playmaker lah yang dilayangkan kad kuning. berdasarkan cerita org kampung, beliau silap bajet bola 50-50 menjangkakan kaki nya akan dapat mencapai bola terlebih dahulu daripada keeper. namun lain sikit yang berlaku.kakinya dapat mencapai keeper itu sendiri lalu menyebabkan foul serta kad kuning.apapun saya pasti playmaker lah gembira dengan kemenangan 1-0 itu.tahniah chica fc!

2 comments:

Anonymous said...

hasrat utk membawa joe datang ke pasukan saya mungkin terbantut dek kerana harganya yg melambung tinggi. 10 juta! wow! kalau saye mintak pengurus pasukan tnb kelantan jual stadium kelantan pon tak tentu dapat membeli joe..

Ji Fat said...

itula hikmahnya saya tak taruk 10 juta ape..dalam kes ni depend kepada pengurus pasukan tnb kelantan la samada nak bayar 10juta dolar ke 10juta ringgit ke 10juta sen ke..depend2 kepada kemampuan masing2.