Perlawanan yg bermula jam 1 pm memberi sedikit masalah kepada beberapa ahli VMS kerana pada masa itu ada yang masih enak dibuai mimpi. Mujurlah Maskulin mengejut pemain dari bilik ke bilik. Mujurlah ketika perlawanan dimulakan, pihak lawan juga hanya mempunyai 7 org pemain. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua belah pihak saling berbalas serangan. Jentera serangan pasukan VMS dikemudi oleh Maskulin. Kepantasan dan kelincahan Maskulin menyebabkan defense lawan agak kalat. Serangan juga dibantu oleh Anep yg acap kali membuat serangan dari sebelah kanan tapi sayangnye bola yg dirembat melepasi palang gol dan pernah seketika dinafikan oleh palang gol. Bahagian defense pada perlawanan ini dikutuai oleh Mafazi. Gandingan Mafazi, Adil, Wansyah dan Zulisk berjaya mengekang asakan bertali arus pihak lawan. "Clear" yg cantik yg dilakukan oleh Wansyah berjaya mematahkan setiap cubaan pihak lwn utk menyerang. Semasa permainan sedang rancak berlangsung, GK lawan naik agak ke atas dan kesilapan itu berjaya dimanfaatkan oleh Maskulin yang berjaya merembat bola tinggi dari luar kotak penalti. GK opponent pada masa itu berada agak jauh dari position nye utk menyelamatkan bola tersebut. Gol tersebut menjadikan kedudukan dengan VMS mendahului 1-0 hingga tamat babak pertama. Satu masalah yg berjaya dikesan ialah pemain2 VMS cepat mengalami kepancitan. Mungkin disebabkan faktor cuaca dan juga perut yg lapar. Perlawanan babak ke2 dimulakan dengan Ganu mengambil position Maskulin dan Maskulin mengambil tempat Anep yg direhatkan seketika. Kekasaran yg dilakukan ke atas Jobol menyebabkan die dikeluarkan. Pemain pihak lawan sendiri mengakui kekasaran itu sepatutnya wajar dilayangkan kad at least. Walaubagaimanapun, referee tetap dengan keputusannya hanya memberikan free kick. Ketika VMS bermain dengan corak defensive, slh sorg pemain pihak lawan telah dikasari. Free kick telah diberikan dihadapan kotak penalti. Sepakan yg pada mulanya mengenai tiang itu berjaya disudahkan ketika keadaan agak kelam-kabut di hadapan pintu gol. Buat kali pertamanya Mulla berjaya dibolosi. Selepas gol itu, perlawanan agak seimbang. Anep mendapat beberapa kali peluang keemasan tetapi dinafikan oleg GK dan palang. Kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat.
Fakta Perlawanan:
- Gol Maskulin boleh di "consider" sebagai gol yg bijak dan cantik.
- Nabil Kecik berjaya membuat larian solo tetapi rembatannya sedikit tersasar.
- Shawn bermain sebagai RB menggantikan Nabil kecik tapi die bersama2 Maskulin melancarkan serangan and tak trun2.
- Masalah kepancitan berlaku disebabkan kebanyakan pemain baru bangun tido. Ini menyebabkan thru pass kurang dilakukan.
- Pujian juga harus diberikan kepada Mulla yg menyelamatkan percubaan berbahaya pihak lawan.
- Mafazi membuat penampilan sulung nye dengan boot Adidas.
Players: Mulla, Mafa (Nabil,Shawn), Adil, Wanshah, Zulisk, Tariq, Anep (Ganu), Maskulin, Jobol (Billi Joe)
General Manager: Afnan Mansor
5 comments:
afnan general manager tu.penampilan sulung mafazi..adakah faktor kegagalan mendapat 3 mata penuh?heh jgn marah mafazi men2 je
berdasarkan analisis saya, debut mafazi bknlah faktor kegagalan pasukan ini utk merangkul 3 mata penuh. seperti yg dikomentar oleh saudara ganu standoff10, faktor bangun lambat dan kurang cergas akibat tidak brunch menjadi penyebab utama. faktor fizikal juga memainkan peranan penting kerana dilihat pihak lawan mempunyai kelebihan bertubuh sasa dan majoriti mereka adalah berkepala botak yg membolehkan larian lebih deras dilakukan(kurang air fraction). walau apapon, masih ada ruang untuk peningkatan. fitness perlu ditingkatkan mungkin?
ehem. air friction ar.
oops! maafkan saya. ketika saya bersekolah dahulu saya dalam aliran sastera. jadi kurang pengetahuan sains. inipon orang yg bagitau pasal air "friction". maaf sekali lagi.
jurulatih tnb kelantan.saya sungguh kagum dengan anda kerana walaupun kurang pengetahuan sains dan teknologi anda masih mampu menjadi jurulatih tnb.semoga tnb akan mengambil ramai lagi pelajar2 untuk dididik dengan pengetahuan sains supaya dapat menjadi jurulatih di tahap tertinggi pada masa depan!syabas!heheh
Post a Comment