Wednesday, March 19, 2008

Chica FC menang, Malay FC seri

Kaum melayu berjaya membuktikan mereka masih releven apabila setakat ini setelah dua perlawanan, mereka masih belum kalah. Malay FC yang menang perlawanan pertama dengan berjaya memperkotak-katikkan pihak lawan sebelum menang 9-1. Chica FC juga tidak kurang hebat. Mereka memberikan yang terbaik dalam perlawanan pertama tapi akhirnya terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri apabila pihak lawan menyamakan kedudukan pada saat2 genting.

Apapun malam tadi kisahnya berbeza. Malay FC pula yang pulang dengan hanya satu mata. Manakala Chica FC membuktikan kehebatan dengan kemenangan pertama mereka musim ini. Malay FC terpaksa melupakan khidmat pemain tengah berbakat, Shah kerana beliau terpaksa mengambil exam. Namun itu bukan alasan untuk mereka lambat turun. Pengadil terpaksa memanggil2 pemain MalayFC yang kelihatan agak lembab bergerak. Kesembilanan utama bidan terjun yang diturunkan tidak kurang hebatnya. Seperti biasa Sofi di gawang, di depannya Izwan(CB), Dolah(RB) dan Max(LB). Mereka bertiga diberi perlindungan oleh Zul(DM). ketiadaan Shah dan kekurangan pemain menyebabkan MalayFC terpaksa menyuruh Hasan bermain sebagai CM. Joe seperti biasa bermain sebagai lone striker berbakat dan diapit oleh 2 orang winger iaitu Baba(kiri) dan Reza(kanan). Permainan bermula dengaan pantas di mana MalayFC mendapat peluang keemasan apabila Joe cuba dijatuhkan di dalam kotak penalti. Namun begitu pengadil bertindak memberikan sepakan percuma yang dirembat oleh Reza tanpa membuahkan hasil yang maximum. Permainan diteruskan dan MalayFC terpaksa menghadapi pemain tengah tinggi lampai pihak lawan yang menyambut bola2 goal kick sofi. Joe pula dikawal oleh pemain pertahanan yang begitu laju. Kepancitan Hasan menyebabkan Lan terpaksa dimasukkan dan Lan tidak menunggu lama sebelum memberi impak. Strength yang ada padanya memberi manfaat kepada pasukan. 1st half ditamatkan 0-0. 2nd half bermula dan kedua2 belah pihak cuba menafikan satu sama lain. Pihak lawan berpeluang menyumbat gol namun berjaya dinafikan oleh kehandalan sofi yang on-form pada malam itu. Kealpaan benteng dan faktor angin juga memainkan peranan penting dalam memberi peluang kepada pihak lawan. Namun berjaya juga ditangkis. Pada akhir perlawanan Lan mendapat peluang keemasan utk menjaringkan gol namun kerana bimbang menjadi Eduardo, dia menahan nafsunya dari merembat. Peluang terlepas. Joe juga hampir memberikan kemenangan kepada Malay FC apabila tandukan beliau ke top-corner ditepis keluar dek reflex yang begitu hebat oleh penjaga gol. Maka akhirnya kedudukan tidak berubah 0-0 sehingga ke akhir perlawanan.

Chica FC memulakan perlawanan dengan Hafiz(GK), Adi(CB),Fatih(RB),Luqman(LB). Di hadapan mereka nasir yang disamakan dengan Flamini(DM). Di depan Nasir ada Afik dan Lah(CM). Azlan bermain sebagai attacker kiri dan Hanan attacker kanan. Permainan bermula seimbang. Namun pasukan lawan yang berjaya mencuri tumpuan dengan jaringan gol yang menarik yang gagal ditampan oleh Hafiz walaupun nampak Full-Stretched. Chica FC kemudian membalas secara tidak segan silu dengan serangan2 berbahaya yang direncanakan oleh Lah. Throughpass2 yang agak mengancam berjaya meloloskan penyerang2 Chica FC namun masih gagal menemui sentuhan penyudah. Peluang terbaik adalah Azlan yang 1 on 1 dengan keeper tapi keeper berjaya menahan. Satu lagi peluang terbaik hadir apabila Hanan merembat sedikit sahaja melepasi palang hasil tendangan corner afik. halftime 1-0. Separuh masa kedua bermula dengan Chica FC membuat serangan bertubi2. Akhirnya usaha mereka berjaya apabila Hanan merembat separa kuat ke arah gol dan tidak berjaya ditahan lalu Gol! itu gol ke2 hanan dalam tonemen ini.1-1. Chica FC tidak menoleh kebelakang lagi. Lah sekali lagi bertindak sebagai playmaker mantap dan seringkali mendapat Foul2 dek kerana kelincahannya. A moment of brilliance dari Amar yang membuat larian solo dari kawasan sendiri ke kotak penalti pihak lawan berjaya dinafikan oleh mereka. Akhirnya gol yang dicari tiba juga. Counter attack yang tiada belas kasihan menghasilkan scramble di depan pintu gol yang akhirnya disudahkan oleh Azlan. Nampak macam offside namun kelicikan pemain2 Chica FC yang meraikan gol tersebut seolah2 tidak offside mungkin berjaya mendapat simpati pengadil. Akhirnya Chica FC menang 2-1.

9 comments:

Joe Jambo said...

time kasih kepada hasan yg xputus2 dok bising2 tepi padang bg instructions.

susah nk tgk manager lari2 sampai kat corner padang bagi instructions.

soho la hasan.

Anonymous said...

hahahaha, walaupun aku tk brp faham term term bola ni tp best gk ar baca. hahhahaha cam ade kat padang gk.

Anonymous said...

fuyyo, mantap2.
teruskan report. Adala sorang dua, nama yg mcm tak ingat..hehe.

Anonymous said...

musab ex-captain!moral boost ni..

Anonymous said...

ko igt aku lagi x musab

plato's disciples said...

haha kelakar sey aku baca report kau nie hasan.

Abdullah Zainal Abidin said...

haha, takut jadi eduardo eh?

Anonymous said...

hahahahaha.....
kelakar2 tp pada masa yg sama informatif...
ini yg kita nakkan....

Anonymous said...

Thanks for writing this.