Alhamdulillah sesi training ptg jumaat berjalan dengan lancar. Latihan dimulakan dengan latihan menyepak bola bagi memperkukuhkan teknik sepakan setiap pemain. Namun izwan yang menjadi penjaga gol, mungkin oleh kerana itulah ramai yang mahu mencuba nasib mengalahkan izwan kerana jika izwan bermain defend, amatlah sukar utk dilepasi. Para pemain dikejutkan dengan kehadiran bekas captain OSU dan rakan2nya yang turun ke padang. Mungkin ada sesetengah pemain yang berasa bimbang kerana mengesyaki bahawa rakan2 dari OSU tersebut cuba untuk merisik maklumat tentang skuad vandy. Namun itu hanyalah omongan kosong. OSU sekarang hanya tinggal dalam 10 ke 11 org melayu. dan pabila senior sekarang ni grad, mungkin tinggal 4. oleh itu jika mereka mahu merisik, itu satu tindakan yang hampir sia2. terima kasih kepada rakan2 OSU yang sudi datang untuk melawat walaupun sekejap. Saya amatlah berbesar hati menerima kehadiran tuan2.
Permainan agak rancak tadi. Skornya 8-7 atau 9-8 kalau xsilap. kedua2 pasukan mempamerkan persembahan menarik. ganu dan adi membuat kejutan dengan menjadi penjaga gol yang setia di sepanjang perlawanan. terima kasih. kumpulan A dibarisi ramai pemain berpengalaman antaranya zulkecik, baba, dolah,dore, sofi, nasir, khairi, hanan. Mereka dibantu oleh muka2 baru seperti anep, salman dan nabil. Yang lain2 adalah pemain2 yang nama mereka tidak saya sebutkan di sini kerana kurang ingatan.maaf. Kumpulan B juga tidak kurang hebat. Shah, reza, playmaker Lah, max, izwan, bilijo, jobol, adil, tariq, zulisk dan lain2 yang tidak dapat saya sebutkan.maaf.
Terlalu banyak percubaan2 bahaya dari kedua2 belah pihak sehingga saya tidak dapat sebutkan kesemuanya. namun sedikit bolehlah.Hanan sekali lagi membuktikan ketajaman penyudahnya dengan bola perlahan yang gol. Lagi yang menarik adalah gerakan solo dari salman yang memperdayakan pertahanan kumpulan B lalu menyudahkan dengan tenang di hadapan gol. Sofi juga membuat overlap yang berjaya disudahkan dengan tenang apabila pemain2 lain kelang kabut di hadapan pintu gol. Reza pada awal permainan amatlah mantap. larian2 silang untuk menyambut bola2 killerpass oleh Lah dan lain2 membuatkan defender terpaksa bekerja keras. hasilnya gol2 dan assist2 yang menarik olehnya. Shah juga tidak kurang hebat dengan membuat rembatan deras dengan kaki kiri sekaligus menewaskan adi yang kurang berpengalaman. penguasaan kumpulan B berterusan apabila mereka senantiasa berada di depan. A gol, B gol,A gol, Bgol. Sehinggalah ke minit2 akhir permainan, apabila rembatan lemah seseorang berjaya bergolek ke dalam pintu gol kumpulan B walaupun ganu sudah mencuba sedaya upaya. Itulah kali pertama saya rasa pasukan A mendahului pasukan B dan itulah juga gol terakhir perlawanan. Sesetengah pemain kumpulan B mungkin menganggap kegelapan malam menyebabkan pergerakan bola sukar dilihat sekaligus menjadi faktor kekalahan mereka pada saat2 akhir. Apapun tahniah kepada pemain2 kedua2 pasukan yang menunjukkan semangat kesukanan dan memberi komitmen yang jitu dalam sesi latihan petang tadi. Ini tanda2 yang amat baik untuk masa depan insyaAllah. Maaf kepada yang lain2 yang namanya tidak disebutkan atau kredit tidak diberikan. walaupun tidak disebut, saya yakin anda memberikan yang terbaik tadi. Syabas kepada semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
awesome ar syed mukmin. strawhat juge.
Post a Comment