Saturday, March 29, 2008

Laporan perlawan team Vanilla Max Spin

Seperti yang tertulis di atas kertas, perlwanan bermula pada pukul 5 ptg. Tepat jam 4 ptg, manager team Vanilla Max Spin Shawn a.k.a Bambang Pamungkas melakukan kerja2 nye seperti biase selaku Pengerusi Kelab Spam Freshman, spam bdk2 bola utk berada di padang tepat jam 4.30 ptg. Cuaca yang pada ketika itu mendung ditambah dengan kedingingan suhu menambahkan semangat pemain2 Vanilla. Semasa kedua2 belah pihak telah bersiap sedia utk bertarung, pasukan lawan hanya mempunyai 6 org pemain dan kebetulan, Vanilla ade 12 pemain. Nak tak nak 3 org pemain iaitu Ganu, Zulisk dan Shawn terpaksa dipinjamkan (pinjam bukan belot). Hujan yg turun ibarat rahmat kepada pasukan Vanilla. Gandingan 1 2 Ah Chan Anep dan Maskulin(Salman) berjaya membuahkan gol pertama. Gol kedua menyusul selepas Maskulin berjaya meloloskan diri dari Zulisk dari sebelah kiri dan melorongkan bola mudah kepada Anep. Anep seperti biasa merembat dengan tenang ke arah bucu kanan gol lawan. Bola tidak berjaya diselamatkan oleh penjaga gol lawan yg tinggi lampai walaupun kelihatan dia bermain agak cemerlang dalam perlawanan itu. Dalam perlawanan ini, Wansyah selaku LB bermain cemerlang dengan menahan asakan bertali arus lawan. Setiap kali serangan dilakukan, Wansyah dengan tenangnye "clear" bola tnpa ade rase takut dlm dirinnya. Sebelum tamat separuh masa pertama, Maskulin melalui gerakan solonya berjaya menggelecek 3 org pemain termasuk Ganu dan dengan mudah menolak masuk bola ke dalam gawang utk kedudukan kekal 3-0 sehingga tamat separuh masa pertama. Lawan memperoleh gol saguhati selepas Mulla selaku GK tidak menyedari yg pemain lawan menunggu di hadapan pintu gol. Mulla tidak sempat berbuat ape2 kerana peristiwa itu berlaku dalam sekelip mata. Selepas itu, corak permainan ditukar kepada crossing dan cross cantik dari Anep berjaya ditanduk masuk oleh Jobol menjadikan kedudukan 4-1. Ketika perlawanan seakan-akan berkahir, Anep berjaya membuat larian solo di sebelah kanan.GK lawan ter"dummy" kerana dia menyangkakan Anep akan melakukan "square". Tetapi Anep lebih bijak menangani situasi genting. Dengan tidak perlu cross ke tengah kotak penalti, Anep merembat kencang itu gol ke 5 yg merupakan gol terakhir perlawanan. Perlawanan berakhir dengan 5-1. Tahniah juga kepada pemain2 Vanilla laen seperti Nabil kecik, Adil, Tariq, BJ (Billie Jo) telah menunjukkan semangat juang yg tinggi semasa bermain dan tidak mengenal erti kalah.

Fakta perlawanan
  • Shawn cramp (kejang otot) 2 kali semasa game dan pemain lawan menyangkakan itu adalah satu lakonan. (Shawn sorg yg tak warming up)
  • Masa bermain melebihi masa sebenar perlawanan tetapi tiada siapa yg claim sebab keseronokan bermain bola.
  • Pemain lawan memuji Maskulin kerana "ole" yang dilakukannya.
  • Through pass yg lawa oleh offensive dan defensive yg mantap menyumbang kemenangan.
  • Hujan lebat dan kesejukan bukan lagi penghalang utama.
Position : Mulla(GK), Wansyah(LB), Adil(CB),Nabil Kecik(RB),Tariq(DM),Maskulin(AM),Billie Jo(DM),Anep(RW),Jobol(LW) Pinjaman : Ganu(CB), Zulisk(RB), Shawn(LB)

12 comments:

Ji Fat said...

power gile team korang xde striker.tp 5 gol.dasyat."anep lebih bijak menangani saat genting" genting apenye padahal dh 4-1 hahaha xbleh bla.tahniah kepada vanilla max spin.max gak dpt name

Anonymous said...

dari pengamatan saya, pasukan freshie ini mempunyai masa depan yg cerah dlm arena bola sepak Vandy. jika kita lihat di bahagian defence yg dibarisi oleh adil,nabil,wanshah,zulisk dan juga shawn, mereka kelihatan amat tenang dalam mengekang asakan opponent. di bahagian offence pula, gandingan billie joe dan jobol di kedua2 belah sayap sangat mengelirukan pertahanan lawan. tidak lupa kepada midfield ternama salman bersama roomatenye iaitu tariq yg berjaya melakukan through ball yg menarik. dan akhir sekali, lone striker, anep yg bijak melakukan penyudah walaupun sekali-sekala kalat di hadapan pintu gol lawan.

tahniah sekali lagi! anda mmg mantap!

Akaboshi said...

satu analisis yang terbaik jurulatih tnb kelantan.namun anda terlupa mulla yang merupakan backbone kepada pasukan yang setahun jagung ini.kesanggupannya untuk bermain bersama budak2 melayu menunjukkan Islam itu agama yang mencakupi ruang lingkup yang lebih luas tanpa mengira bangsa dan warna kulit.termasuklah arena bola sepak.syabas saya ucapkan!

Anonymous said...

saya ada kemusykilan di sini.dari mana dapat nama vanilla max spin ni?siapakah yang mencetuskan idea membubuh nama ini?

Ganu Standoff10 said...

Panjang ceritanya camane boleh dpt name Vanilla Max Spin ni..sedap pon sedap

Anonymous said...

pendekkan

Abdullah Zainal Abidin said...

Haha. Good job Hasan. Lawak ah.

Anonymous said...

ooh. maafkan saya. my bad. terlupa pula saya pada pemain import berjambang itu. ya! dia merupakan backbone kepada team cili padi ini kerna dia merupakan pemain paling senior dalam pasukan. tangkapan yg kemas, dive yg mantap dan leadershipnya di dalam pasukan mmg tidak dapat disangkal. tetapi anda mungkin terlupa seorang leader yg paling penting dalam skuad ini. walaupun beliau tidak dapat turun padang kerna sering kali sibuk dengan meeting, beliaulah merupakan nadi skuad kecil ini. orang tersebut adalah Afnan Mansor. tanpa kata2 semangat beliau, pada pendapat saya, pasukan ini tidak akan ke mana.

Ganu Standoff10 said...

afnan sibuk dengan meeting nyer..huhu..

Ji Fat said...

nampaknya afnan memang merupakan inspirasi kepada pasukan yang berpotensi ini.kata2nya disimpan sebagai azimat di dalam hati dan sanubari pemain2...sungguh mengharukan.syabas skali lagi!

Anonymous said...

bakal pengganti baba & khairi mungkin?

Anonymous said...

x ley bla sungguh komen2 kat sini. haha..