Monday, March 24, 2008

Malay FC mengganas lagi

jangan lupa IAW:

  • RABU 12.00pm, Student Life Center - Shariah and Islamic Law (Bro Yassir Arafat)
  • RABU 7.00pm, Student Life Center -Islam:War and Peace (Imam Siraj Wahhaj)
pertama skali mintak maaf kerana gagal melaporkan berita dengan pantas. atas sebab2 tertentu seperti keletihan, laporan tidak dapat disiarkan awal. namun begitu laporan kali ini hanya berkisar tentang malay fc kerana saya tidak berkesempatan untuk melihat kekalahan chica fc. sehubungan dengan itu saya memaklumkan bahawa tender terbuka dibuka kepada sesiapa yang mahu melaporkan tentang match chica fc.

Berbalik kepada match malayfc, perlawanan dimulakan dengan agak seimbang. pada awal perlawanan, kedua2 pasukan cuba menembusi pertahanan pihak lawan namun bola banyak berlegar di bahagian tengah padang. Pihak lawan yang mempunyai fizikal yang agak mantap dengan striker berbadan sasa. Agak jenuh juga pertahanan Malay fc untuk mengontain pemain nombor 9 tersebut. Hasil kerja keras yang maxima berjaya meloloskan joe yang membuat larian kencang ke arah pintu gol lalu merembat deras ke bottom left corner. Penjaga gol yang clearly tidak sempat berbuat apa2 nampak seperti membiarkan bola tersebut menerjah jaring.1-0. Permainan kian rancak dengan pihak lawan acapkali melancarkan serangan terutamanya ke bahagian kanan pertahanan malayfc yang diterajui dolah. hasil kerjasama rakan seperjuangan, serangan mereka berjaya disekat. namun kadang2 sofi terpaksa rise to the ocassion untuk menyelamatkan bola. joe mendapat satu lagi peluang keemasan untuk menjaringkan gol hasil gerakan yang hampir sama dengan gol pertama namun rembatan kencangnya ke bottom left corner sedikit tersasar dari pintu gol walaupun penjaga gol tampak sudah tertewas. 1st half tamat 1-0. 2nd half dimulakan dengan max,baba,lan dan jeri masuk menggantikan hasan shah dan joe. Mereka tidak menunggu lama untuk memberi impak apabila gerakan menarik menghasilkan gol kedua. lontaran kedalam oleh baba disambut dengan larian yang tepat timingnya oleh jeri lalu dicrossnya kepada reza yang tenang menampal bola ke dalam gol.2-0. gerakan menarik oleh pemain malayfc skali lagi menghasilkan gol, kali ini oleh baba yang menggelecek pertahanan lawan, mengelak tekel dan seterusnya merembat ke arah gol dengan penjaga gol tidak mampu bertindak.3-0.kerancakan permainan malay fc tidak dapat dikekang lagi. Kali ini jeri pula yang menjadi penjaring. Reza yang membawa bola ke belah kanan membuat cross rendah yang kemudiannya disambut jeri. ketenangan jeri berbayar apabila die menggelecek pertahanan lawan sebelum merembat ke bumbung gol. 4-0. Setelah itu berdasarkan info dari baba, game tersebut balanced out dan menjadi stabil sekaligus mengekalkan kedudukan 4-0 sehingga tamat perlawanan.

Malay fc: sofi,dolah,izwan,max,zul,hasan,shah,reza,joe (dore,lan,baba,jeri)

3 comments:

nfar87 said...

siapakah jeri?

Anonymous said...

jeri tu yg pak tam kawan aminah tuu..

Anonymous said...

jeri membawa dimensi baru kepada pasukan kita.playmaking striker.boleh x