Friday, March 28, 2008

Laporan hari Rabu

Haaa IAW hampir selamat..yang tinggal adalah sukan utk brothers pada malam ini dan social meeting utk sisters pada esok hari. Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan dengan selamat walaupun mungkin ada beberapa kelemahan yang mudah2an dapat diatasi pada masa depan (jumlah audien mungkin dapat diramaikan lagi kalau promosi bermula awal-walaupun jumlah kedatangan mungkin dipengaruhi oleh 3 events yang berlaku pada waktu yang sama di tempat lain). ceh padahal salah saya jugak xstat promote awal2 kat orang lain. sori222

Bagi tuan2 dan puan2 yang xberkesempatan utk tgk talk Imam Siraj Wahhaj aritu, blog Amar ada menyajikan video talk tersebut. website MSA juga tak lama lagi insyaAllah akan ada video talk tersebut(insyaAllah kualiti baeeek punya, Wallahua'lam). jangan lupe tengok ok..mmg syok die cakap..xtipu...rugi xtgk

repot untuk match intramural yang diadakan pada hari yang sama saya pendekkan je la hehe. Macam biase perlawanan berlangsung agak seimbang. sbnanye skornye pun saya xingat. kalo xsilap 5-2. Shah menjaringkan dengan kaki kanan. Bola rembatannya yang slow masih mampu bergolek ke dalam gol dek kerana ketidakcekapan penjaga gol yang tidak memakai glove. Namun dengan pantas gol penyamaan dijaringkan apabila bola terkena tangan seorang pemain Malayfc yang bernama max di dalam kotak penalti. sofi gagal menyelamatkan penalti pihak lawan. kedudukan 1-1 tidak lama apabila pemain yang handball yang bernama max tadi menebus kesilapannya dengan membuat lontaran ke dalam yang mengelirukan defender pihak lawan yang kalat lalu tidak sengaja menempel bola ke dalam gol sendiri. namun yang memeranjatkan ialah tindakan shah yang seolah2 mengclaim gol tersebut yg clearly own goal kalo xsilap. sungguh aneh.2-1. separuh masa kedua dimulakan dengan agak seimbang. Hasan yang bermain out of position struggle utk memberi impak dan akhirnya digantikan dengan orang lain. Kemudian, kemasukan reza memberi nafas baru kepada pasukan. lariannya dari tengah di bahagian sayap dihidu oleh pemain Malay FC yang membuat hantaran tepat yang meloloskannya tanpa offside 1 on 1 dengan penjaga gol. Dengan tenang dia merembat ke top corner kanan. 3-1. Gol keempat dijaringkan oleh jeri yang lincah menggelecek sehinggalah keeper itu pun digeleceknya sebelum dilorongkan bola ke dalam gol yang kosong.4-1. Gol kelima bermula dari thru pass dore yang tepat ke hadapan joe yang berada di depan penjaga gol. kepantasan joe membolehkan dia melepasi penjaga gol dan menyudahkan dengan mudah. Kemudian malayfc bermain agak rilek mungkin dan kealpaan bahagian belakang membolehkan pihak lawan menjaringkan gol ke 2 yang tidak memberi makna yang besar lagi bagi mereka. malay fc menang. 5-2


malayfc:sofi,izwan,dolah,max,lan,zul,baba,reza,shah (joe,jeri,hasan,dore)

12 comments:

Anonymous said...

hasan,

kalau nak tahu, waktu event MSA tuh, ada 3 event lain yang berlangsung.. so just to let you know!ok?

ryuneko said...

btw, sisters social sabtu mlm, bukan mlm ni.

Ji Fat said...

alamak i got it screwed up.sori2222 orait dah edit. :>

Ji Fat said...

ooooo patut la xbape ramai orang! pelik jugak sebab tahap macam Imam Siraj tu patut sure ramai gile orang kan. rupa2nya ada 3 events waktu yang same.ic2.mudah2an Allah mudahkan, lain kali xde la clash, insyaAllah

Abdullah Zainal Abidin said...

LOL, Shah claim goal eh? Tak sedar pulak.

Ji Fat said...

mungkin shah suke wat camtu.ingat midwest dulu?heheh shah jgn marah.aku mcm nampak je bola tu kene ko sebelum masuk gol mase midwest tu.kalo xsilap aku a.Wallahualam

Anonymous said...

sape yg wat hantaran tepat ke reza tanpa offside utk gol ke-3 tu?

Ji Fat said...

aku pn xsure a..ade ura2 kate jeri..tapi credit a kat orang yang pass tu..fabulous!

Abdullah Zainal Abidin said...

Haha. Izwan doh through ball Reza.

Akaboshi said...

wow izwan..itu dia tambah lagi satu dimensi permainan malayfc..playmaking defender

Anonymous said...

hahaha. boleh confuse eyy izwan dgn jeri? hahahaha.

Akaboshi said...

aku xnmpak da..