Tuesday, March 25, 2008

Sekitar Islam conversion panel [IAW 08]

jangan lupa IAW:
  • RABU 12.00pm, Student Life Center - Shariah and Islamic Law (Bro Yassir Arafat)
  • RABU 7.00pm, Student Life Center -Islam:War and Peace (Imam Siraj Wahhaj)
saya rasa tertarik utk menulis tentang Islam conversion panel semalam kerana saya rasa ada yang tak dapat datang dengan bermacam2 halangan seperti tidak sihat dan sebagainya. apa yang saya nak tulis ni hanya apa yang saya ingat saja dan kalau ada yang salah tu siapa yang pergi semalam silalah betulkan. sebenarnya saya tak layak nak tulis pun sbb datang lambat. tapi demi knowledge spread, saya rasa rugi kalo org len xdapat ambil apa2 manfaat.

semalam ada 3 orang panel yang share cerita mereka iaitu Bro Nuruddeen , Bro Ralf dan Sister Suzanne. moderatornya dr Awadh.

Masa saya sampai, Nuruddeen sedang bercakap. Masa itu dia sedang menceritakan kisahnya memeluk Islam. Yang saya sempat dengar xsilap saya dia menceritakan bagaimana excitednya dia apabila menyedari bahawa Islam is the truth. Terus dia menelefon emaknya dan berkata "This is it!!" merujuk kepada Islam yang memberi segala jawapan kepada persoalan2 yang bermain di kepalanya sebelum ini. Di dalam Quran juga banyak ayat2 yang menerangkan before hand tentang penemuan2 sains yang ketika itu belum lagi ditemukan oleh saintis2. Ini antara mukjizat Al-Quran yang sangat menginsafkan pembacanya. Sejak itu Nuruddeen sering pergi ke masjid untuk menunaikan solat jemaah di rumahnya di Alabama. Katanya sehinggakan dia menjadi kawan rapat kepada orang2 tua yang menjadi ahli jemaah tetap di masjid itu. Dan Allah menakdirkan bahawa dia berkahwin dengan anak salah seorang ahli masjid tersebut. Dan kini, kita dapat lihat Nuruddeen yang sifatnya mengalahkan sesetengah orang yang sedia lahir dalam Islam. Bila Nuruddeen bercakap, memang audien akan captivated seperti saya dan rakan captivated semasa pertama kali kami mendengar Nuruddeen menyampaikan khutbah jumaat di Vandy. Itulah orang kata ; siapa yang mencari akan lebih menghargai apa yang dia jumpakan daripada orang yang tidak mencari.

Bro Ralf pula lain ceritanya. Berasal dari german, sangat jarang dia mendapat exposure terhadap Islam. tetapi Allah sebaik-baik penyusun.pakciknya yang bekerja di Middle East, kadang2 balik ke german dan menceritakan kepadanya perihal orang Islam seperti Ramadhan dan lain2. Itu merupakan pendedahan awalnya terhadap Islam. Sampai satu masa dia ditawarkan untuk sambung belajar di US dan dia pun datang sini. Dia pernah menghadiri program Islam Awareness Week 2007 dan minatnya terhadap Islam kian bercambah. Dia sering menghubungi MSA untuk mendapat penerangan lanjut dan mencari jawapan kepada persoalan2nya dan antara orang2 yang membantunya yang disebut namanya ialah Nuruddeen dan Hassan Attasi. Dia juga menghadiri kelas Introduction to Islam anjuran OliveTreeEducation untuk lebih mendalami Islam. Alhamdulillah pada February tahun ini (2008), dia melafazkan dua kalimah Syahadah dan sekaligus memeluk Islam. Subhanallah..fresh dari dosa tu...

Sister Suzanne juga menarik ceritanya. Beliau berasal dari Amerika. Bekas suaminya adalah seorang Islam yang berasal dari Kuwait yang juga antara faktor kemasukannya ke dalam Islam. Pada awal kemasukannya ke dalam Islam, dia tidak memakai hijab. Pada satu masa dia mengikut bekas suaminya ke kampung halaman di Kuwait. Di Kuwait, kerana tidak mahu offend orang ramai dan juga famili suaminya dia pun memakai hijab. namun ketika di dalam flight dalam perjalanan pulang ke Amerika, dia mula berfikir apa yang Allah mahu darinya. Pada ketika itulah dia membuat keputusan untuk memakai hijab. Apabila diberitahu kepada ibunya, ibunya pada awalnya agak terkejut namun disebabkan kasih ibu tiada bertepi, dia menyokong apa saja keputusan anaknya. Sister Suzanne pun kemudian cuba mengamalkan Islam dengan seserius mungkin dan sekarang dia adalah ahli Muslim Amercan Society (MAS) dan dia sering membantu saudara2 baru dalam Islam.

Setelah itu ada sesi soal jawab dimana mereka ditanyakan soalan2 samada personal atau umum. Salah satu yang menarik yang saya mahu highlightkan di sini adalah soalan Faris kepada Nuruddeen yang bertanyakan apakah perkara utama yang menyebabkan dia tidak mahu berpaling semula daripada Islam. Jawapan Nuruddeen amat simple sekaligus menginsafkan. Katanya apabila dia sudah mengetahui yang Islam itu agama yang benar, maka tiada sebablah dia mahu berpaling semula. Kebenaran Islam itu menjadikan semuanya make sense oleh itu takkanlah dia mahu pergi kepada benda yang x make sense. kemudian dia juga berkata ketakutannya kepada Hellfire juga memainkan peranan penting. Dan Islam adalah satu2nya penyelesaian yang boleh menyelamatkan dia dari api neraka.

Ini adalah sekadar summary sahaja dan berdasarkan pemahaman saya sahaja(itupun apa yang saya ingat). kalau ada kesilapan, yang pergi sila perbetulkan atau sila tambah kalau mahu. Tapi yang penting pengajaran yang dapat diambil. Berdasarkan pemerhatian saya, sesetengah orang yang mencari dan memeluk Islam ini adalah lebih baik budinya dan mungkin lebih tinggi ilmunya juga lebih kuat keyakinannya kepada Islam berbanding mereka yang dilahirkan dalam Islam. Malulah kita yang lahirnya Islam, tapi ilmunya cetek, keyakinannya goyah, adabnya kurang. Jom sama2 tambahkan ilmu, kuatkan keimanan, perbaiki akhlak budi pekerti. Barulah boleh menjadi living example kepada non-muslim yang melihat. xgitu?

7 comments:

nass_sare said...

sape bro ralf?

Ji Fat said...

huhu aku xsure la rolf ke ralf..tapi die ni brother yang dari german..die amik kelas intro to islam tiap sabtu tu..kalo ko g ko nmpak a die.pstu die ade jadi TA bdak melayu kot..

Anonymous said...

Demi 'knowledge spread,' saya nak ckp terima kasih and good job sebab saya tak berkesempatan ke panel tu tapi insyaAllah, jom hadiri Islam: War and Peace. InsyaAllah.

Anonymous said...

wah2..best. thanks hasan. ak pun yg tak pegi ni rase macam pegi. good job. nasir, kalo mung nak tau ralf, die yg ade sekali time meeting msa. duduk sebelah nuruddeen.

Anonymous said...

Marilah sama2 memeriahkan IAW!

Anonymous said...

Sape2 yang ketinggalan conversion panel:

http://amarrazali.blogspirit.com/archive/2008/03/26/islamic-awareness-week-conversion-panel.html

Nnt akan diupdate lg.

Anonymous said...

Ya, mungkin kerana itu